assalaamu'alaykum warahmatulLahi wabarakaatuh, akhi Hisyam,
Apa kabar? Semoga anta sihat dan dirahmati Allahselalu. Ana mohon maaf kerana mengambil masa yangbegitu lama untuk membalas e-mail anta tempuh hari.Ada kesibukan sedikit. Ana sekeluarga sihat. Semoga sahabat-sahabat di Kedah juga sihat dan tolong kirim salam ana kepada mereka jika anta berkesempatan bertemu dengan mereka.
akhi Hisyam,
Apabila kita dilapangkan dada dengan Islam dan perjuangan, itu tentunya sebesar-besar nikmat dariAllah kepada kita. Ianya jauh lebih berharga darikedudukan atau pangkat yang sering dikejar serta diimpikan oleh setiap insan yang baru bergelar graduan. Lapang dada dengan Islam dan perjuangan,bermaksud, hidup kita, jiwa kita dan pemikiran kita sentiasa terarah untuk merealisasikan Islam dan perjuangannya. Kita rasa bahgia dan lazat dengan Islamdan perjuangan. Kita rasa janggal bila terasing dari Islam dan perjuangan. Ana gembira mendengar kabar sahabat-sahabat kita telah mendapat pekerjaan yang baik-baik, bergaji besar dan ada yang telah mendapat pangkat yang tinggi. Tapi, ana lebih gembira dan bahagia jika mendengar sahabat-sahabat juga semakin aktif dalam perjuangan.
akhi Hisham,
Hidup sebagai daie sewajarnya menjadi cita-cita tertinggi kita. Seorang dai bukan sekadar seorang penyampai tazkirah, khutbah atau kuliah di masjid atau dalam mana-mana majlis semata-mata. Daie atau pendakwah adalah insan terpilih oleh Allah yangberperanan menyemarakkan mukabumi ini dengan iman danIslam. Daie ialah insan yang menampilkan Islam dalam setiap aspek kehidupannya. Lidahnya berbicara tentang indahnya Islam, akhlaknya menzahirkan manisnya dan harumnya Islam, amalan dan produktiviti hidupnya menyempurnakan kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dijanjikan Islam sebagai rahmat untuk seluruh manusia. Daie bukan sekadar berdakwah dengan lidah serta terkurung di medan tertentu sahaja. Daie adalah suara dan amali Islam dalam setiap medan dan ketika. Daie ialah insan yang mudah mendekati dan didekati oleh manusia. Daie ialah insan yang paling banyak bermanafaat bagi manusia disekitarnya. Dai adalah insan yang sentiasa berusaha untuk memenangi hati mad’unya. Seorang daie berdakwah dengan lisan, akhlak dan perbuatannya dalam setiap medan yang dia berada.
akhi Hisyam,
Seorang daie Islam adalah teladan terbaik dalam profesion dan kerjaya yang mereka ceburi. Budaya kerja Islami yang kita tampilkan sekaligus akan memikat manusia kepada keindahan syumuliyyah Islam. Kita bukan hanya pemuda yang menjadi qudwah hasanah dalam ibadah yang khusus dan menampilkan akhlak yang mulia, malah kita juga cemerlang dalam profesion dan budaya kerja.
akhi Hisyam,
Fasa-fasa dalam kehidupan yang kita lalui sentiasa berubah-ubah warna, citarasa dan lenggang lengguknya. Hidup ini sering disaluti warna yang pelbagai. Ada masa ianya putih berseri. Adakalanya kita meraba dalam kelam atau binggung dalam kepudaran. Ada masa manis ada pula ketikanya tertelan yang pahit. Tidak tersangka-sangka kita semput mendaki, tiba-tiba tergelungsur turun. Inilah reality kehidupan kita Hisyam. Namun ada satu yang kita perlu pastikan. Sebagai muslim, kita tetap seorang daie mujahid. Apapun warna dunia hidup kita, kelam atau terang,manis atau tawar dan mendaki atau menurun, kita perlu memastikan kaki kita tetap di jalan dakwah dan perjuangan. Hisyam tentu lihat sendiri hidup ana. Mungkin Hisyam lihat apa yang ditakdirkan Allah pada diri ana kelihatan senang dan mudah untuk ana tegakberdiri seperti hari ini. Bila Hisyam lihat ana sentiasa senyum dan gembira, barangkali anta akan sangka hidup kami sentiasa manis dan cerah. Walaupun ana tampil dalam hidup Hisyam dan sahabat-sahabat jamaah dengan kelihatan ceria dan gembira selalu, namun realiti kehidupan sebenar kami hanya Allah yang tahu. Pahit getir kehidupan tetap kami semua lalui. Disamping bahgia, derita dan kepahitan tetap ada. Itu asam garam kehidupan. Kadang-kadang kita termenung sendirian dirundung kepedihan mengenang sedikitnya harta ditangan. Kerap kali kita menangis sorang, mengenang nasib anak-anak kita yang ditimpa ujianAllah. Kadang-kadang kita berantakan kerana karenah sanak saudara. Kadang kala kita terpinggir dalam arenamanusia berebut pangkat dan kedudukan. Tidak kurangpula kita terjerumus dalam perangkap manusia yang memusuhi dakwah dan hasad serta dendam pada kita. Namun, bukan akhlak seorang daie untuk sibuk menunjukkan pada orang kepahitan hidup sendiri. Kita bukan dilahirkan untuk mengajak orang menangis bersama kita hanya untuk simpati dengan kepayahan kita. Tugas kita Hisyam, ialah untuk mengembirakan orang dengan Islam. Kalau kita susah dan payah, kita balik ke rumah, kita bangun malam, kita menangis dihadapan Allah.
Hisyam,
Tiada apa yang paling membahgiakan ana dalam hidup ini melainkan apabila ana menatap wajah anta dan sahabat-sahabat jamaah semua. Allah sahajalah yang tahu betapa indahnya hidup ini bila dapat melihat kegembiraan anta dan sahabat-sahabat berkumpul di rumah ana, walaupun mungkin sekali-sekala. Di sinilah kita sering berkumpul. Kita bukan berkumpul kerana jemputan makan durian atau berbagi harta dunia. Tapi kita berkumpul kerana perjuangan di jalan Allah. Kadang-kadang, dalam kepekatan dan kesunyian malam, ana termenung sendiri. Melayan kerinduan kepada antum semua. Mudah-mudahan Allah akan mengumpulkan kita semua kembali di syurga nanti, sehingga kerinduan ini tidak akan berulang lagi.
Hisyam,
Sabar dan solat adalah penawar dan bekalan yang paling pokok dalam kehidupan kita sebagai daie.
Firman Allah: Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan mendirikansolat. Dan sesungguhnya yang demikian itu adalah amatberat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Ia ituorang-orang yang sentiasa yakin bahawa mereka akanbertemu dengan Tuhan mereka dan mereka yakin akandikembalikan kepadaNya.
Sabar adalah amalan yang amat besar fadhilahnya disisi Allah, sehingga ganjaran bagi yang sabar dalam perjuangan ini adalah jauh lebih tinggi nilainya disisi Allah berbanding dengan amal-amal kabajikan yang lain. Allah memberi ganjaran kepada orang yang melakukan kebaikan dengan diyatakan jumlah balasannya, seperti sepuluh ganjaran ataupun digandakan dengan beberapa gandaan. Namun, bagi yang bersabar dalam ujian Allah, maka ganjaran yang Allah sediakan adalah tiada terhitung.
Firman Allah : Barangsiapa yang membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya (al-an'am 160)
Dan Firman Allah :Sesungguhnya bagi orang-orang yang bersabarlah diberikan pahala bagi mereka tanpa batas (tidak terhitung) (az- zumar 10)
Bertaqwalah kepada Allah, dengan kita cermat melalui liku-liku hidup ini agar kita tidak tergelincir kelembah kemurkaan Allah. Pasti Allah akan tolong kita.
Firman Allah :Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,niscaya Allah akan tunjukkannya jalan penyelesaian dandikurniakan kepadanya rezki dari jalan yang ia tidakjangkakan.
akhi Hisyam,
Dakwah memerlukan ilmu dan kebijaksanaan. Ceduklah ilmu itu dari orang yang telah mengamalkannya. Carilah kebijaksanaan itu dari mereka yang telah berjaya menempuhnya. Belajarlah sesuaikan tahap dakwah itu dengan mad’u dan waqi’ kita. Marhalah dakwah yang diperkenalkan di peringkat kampus itu secara prinsipnya adalah praktikal untuk mana-mana waqi’. Cuma pengisiannya mungkin berbeda. Bawalah berbincang dengan sahabat-sahabat lain dan ambillah yang mana sesuai untuk waqi’ kita. Jangan gantungkan harapan dakwah ini kepada orang lain. Kekuatan dakwah bukan di tangan manusia, ianya adalah di bawah kekuasaan Allah. Kekuatan jamaah adalah kekuatan yang datang dari Allah. Kita tidak akan mampu menguatkan dan menyatukan hati-hati manusia melainkan dengan pertolongan Allah. Ada sebuah syair yang ana jumpa sejak ana belajar dulu hingga kini ana masih hafal. Ia ditulis oleh seorang mujahid di Samarkhan yang ana telah lupa namanya. Ia berbicara tentang mujahid di jalan Allah.
Andainya mereka itu seribu
Akulah seorang di antara mereka
Andainya mereka itu seratus
Akulah seorang di antara mereka
Andainya mereka itu sepuluh
Akulah seorang di antara mereka
Andainya mereka itu seorang
Akulah yang seorang itu
akhi Hisyam,
Kecintaan kerana Allah yang kita tumpahkan kepada sahabat-sahabat kita adalah alasan yang kukuh untuk kita sentiasa mengambil berat tentang nasib sahabat-sahabat itu tadi. Kita bukan hanya mengambil berat tentang susah senang atau sakit demamnya sahaja, malah yang lebih penting ialah prestasi amal Islaminya. Justeru itu jika sahabat kita itu terlelap, kita wajib mengejutkannya, jika ia lesu kita wajib memberinya tenaga, jika ia terjatuh, wajib kita membangunkannya, jika ia tersalah arah, wajib kita menunjuk jalan dan jika hati perjuangannya mati, kita wajib sama-sama membantu menghidupkannya.
akhi Hisyam,
Banyak perkara yang ana ingin kongsi bersama anta, namun masa masih tidak mengizinkan kita. Ada kelapangan di lain masa ana akan tulis lagi.
Sirru ‘ala barkatilLah.
2006
Sunday, January 6, 2008
Tuesday, January 1, 2008
Penyakit Organisasi : Kelemahan Tarbiyyah
Salah satu rutin yang saya terpaksa hadapi dalam Mesyuarat Senat Universiti ialah menyampaikan tazkirah kepada ahli-ahli senat sebaik sahaja NC membuka majlis dengan al-Fatehah. Ini merupakan salah satu tazkirah saya pada tahun 2003 dulu yang masih ada dalam simpanan laptop, jadi saya just copy paste untuk tatapan bersama..... Sebagai pembuka bicara blog ini.......
Pengukuhan Organisasi : Mengutip pelajaran dari sirah Rasulullah saw (iv)
Penyakit dalam organisasi : kelemahan dalam pentarbiyyahan.
Di antara peranan penting yang perlu dimainkan oleh kepimpinan dalam organisasi ialah peranan pentarbiyyahan. Tarbiyyah berakar umbi pada perkataan rabb yang membawa maksud yang agak luas. Sepertimana yang disebut oleh Ibnu Qayyim al-Jauzi dan sebahgian pemikir/ulama’ Islam yang lain, ianya meliputi unsur-unsur mendidik, mengajar, membimbing, mengatur, mengurus, memimpin dan menunjuk. Peranan pentarbiyyahan ini menjadi pemangkin yang aktif kepada wujudnya learning culture bagi sesebuah organisasi yang sekaligus akan membawa kepada pembentukan, pengukuhan dan penambahbaikan kepada nilai teras, kreativiti dan inovasi di kalangan warga sesebuah organisasi. Pemimpin adalah seorang murabbi atau orang yang memainkan fungsi pentarbiyyahan yang penting dalam kepimpinan organisasi. Mereka sewajarnya bukan hanya mampu to manage tetapi perlu juga mampu untuk memimpin, membimbing dan mendidik sehingga warga yang dipimpinnya menjadi sebati dengan budaya atau culture yang menjadi teras organisasi.
Salah satu perisian tarbiyyah yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan organisasi ialah pentarbiyyahan core values atau nilai-nilai teras sesebuah organisasi. Core values atau nilai-nilai teras adalah umpama ruh yang menghidup atau mengerakkan jentera dan mekanisme organisasi.
Sejarah perjuangan Rasulullah saw banyak memaparkan bagaimana aspek pengukuhan nilai-nilai teras ini memainkan peranan yang penting dalam membina kekuatan organisasi Islam pada masa itu. Di antara contoh di mana Rasulullah saw menanam core values di kalangan sahabat ansar yang bakal menjadi pendukung dan pengerak organisasi Islam di Madinah, ialah sepertimana yang termaktub dalam dua bai’atul aqabah. Kedua-dua bai’ah tersebut merupakan suatu akujanji sahabat ansar untuk mendukung dan menghayati core values sebagai warga organisasi Rasulullah saw. Secara ringkas isi bai’ah tersebut meliputi aspek-aspek berikut :
Bai’ah aqabah yang pertama. Bai’ah ini lebih menumpukan kepada personal core values iaitu nilai-nilai tidak syirik kepada Allah, tidak berzina, tidak menipu, tidak membunuh anak, tidak bermuamat riba dan tidak mengalakkan kemaksiatan dan kerosakan.
Bai’ah yang kedua. Bai’ah ini meliputi nilai-nilai teras organisasi yang meliputi nilai-nilai ketaatan dan kepatuhan kepada kepimpinan, kesediaan untuk melakukan pengorbanan harta dan sebagainya, nilai-nilai amar ma’aruf dan nahi mungkar atau usaha islah dan penambahbaikan, dan nilai-nilai jihad atau semangat dan kesungguhan dalam melakukan amal.
Komponan yang penting dalam nilai teras organisasi Rasulullah saw secara ringkasnya dapat dihimpunkan sebagai : tidak syirik kepada Allah, tidak melakukan maksiat dan jenayah social, menjamin ketenteraman manusia dan sejagat, ketaatan dan kepatuhan, penambahbaikan, pengorbanan dan jihad serta kesungguhan dalam berusaha. Core values ini berjaya disemai dalam jiwa dan mental serta menjadi budaya atau culture organisasi Rasulullah saw di Madinah. Ruh atau core values inilah yang menyemarakkan jentera pengurusan dan strategi perjuangan para sahabat sehingga meraih kemenangan mencapai misi organisasi Islam. Sejarah telah membuktikan betapa unggulnya umat Islam pada ketika itu, bukan hanya trampil dari sudut sahsiah dan imej diri malah turut menampilkan system pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan negara serta organisasi yang mantap dan efisen mengatasi zamannya.
Kejayaan menyemai dan mengukuhkan core values sehingga menjadi culture dalam organisasi, tentunya terhasil melalui proses pentarbiyyahan yang panjang dan menyeluruh yang telah dilakukan oleh kepimpinan organisasi pada masa itu. Rasulullah saw dan barisan kepimpinannya telah melakarkan suatu bentuk falsafah kepimpinan yang jelas tentang peranan kepimpinan yang sebenar yang harus dimainkan oleh setiap barisan kepimpinan. Kepimpinan bukan hanya sebagai manager tetapi juga adalah murabbi, yang sekaligus memikir, merancang, mengurus, mendidik, membimbing dan merangsang keunggulan sesebuah organisasi. Dalam melakukan pentarbiyyahan, dua kaedah penting yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rasulullah saw. Pertama melalui lisan iaitu mengajar, mengarah dan menasihati. Kedua ialah melalui perbuatan atau teladan. Teladan sebagai murabbi, sebagai pemimpin organisasi, teladan dalam ibadah, teladan dalam bersahsiah, teladan dalam jihad dan pengorbanan, teladan dalam memikir dan merancang, teladan dalam berwawasan dan sebagainya lagi.
Falsafah tarbiyyah dalam kepimpinan organisasi sepertimana yang ditampilkan oleh kepimpinan Rasulullah itu perlu dijadikan pengiktibaran dalam usaha pengukuhan organisasi di sepanjang zaman. Saf kepimpinan perlu berusaha untuk menempatkan dirinya sebagai murabbi yang mampu memindahkan core values dari minda dan kertas ke alam realiti yang akan dihayati secara bersama dan bersungguh oleh setiap lapisan warga pendukung dan pengerak organisasi. Kegagalan kepimpinan dalam usaha seperti ini akan menjadikan organisasi itu kering dari ruh atau semangat positif yang boleh memberi nafas kepada pembentukan budaya unggul dan sekaligus akan merencat kelicinan pergerakan organisasi itu sendiri. Organisasi tanpa penghayatan core values, seperti yang pernah disebut oleh Walt Disney, akan menjurus kepada ‘spiritless and brainless organization’.
Tazkirah Senat : Oktober 2003

Subscribe to:
Posts (Atom)