Erti Sebuah Pengorbanan
Dalam kesibukan petugas parti-parti politik menghadapi persiapan penamaan calon 2008 baru-baru ini, saya berkesempatan bersantai sambil menikmati teh serbat bersama beberapa orang sahabat di sebuah warong mamak yang popular di BP. Walaupun malam telah larut ke pagi, namun warong tersebut masih dikunjungi ramai pengunjung. Kesempatan berkumpul dengan beberapa sahabat aktivis politik Islam itu selalunya tidak berlalu sesaat pun melainkan diisi dengan perbincangan dan perbahasan berbagai tajuk dan isu-isu hangat dunia politik tanahair. Dalam banyak-banyak isu yang dibangkitkan oleh sahabat-sahabat, ada satu yang agak menarik untuk saya kongsi bersama dalam catatan ini. Ianya sebenarnya bukanlah isu sangat, Cuma sekadar cerita musim banjir tahun lepas. Kisah menarik itu dibawa oleh Sdr Hamid Jamah.
Sdr Hamid bersama rombongan Unit Amal Johor adalah merupakan satu-satunya pasukan bantuan mangsa-mangsa banjir yang pertama sampai ke pusat pemindahan mangsa banjir di sekitar segamat pada banjir besar di akhir tahun 2006 yang lalu. Dengan segala susah payah untuk sampai ke pusat pemindahan tersebut, pasukan Unit Amal ini akhirnya sampai ke beberapa pusat pemindahan yang pada ketika itu langsung tiada sebarang bekalan makanan untuk mangsa banjir. Dengan bekalan makanan yang tidak seberapa, Unit Amal telah berjaya mengagihkan bekalan-bekalan yang ada seperti biskut dan beras serta makanan dalam tin. Bantuan yang diberikan oleh Unit Amal itu diterima dengan perasaan amat gembira oleh mangsa-mangsa banjir tersebut. Mereka bagitu berterima kasih dan berbangga dengan bantuan yang diberi oleh Unit amal. Dua hari selepas itu, bantuan dari JKM dan UMNO baru mula mencurah datang. Dan dari sinilah bermula episod pilu di kalangan petugas Unit Amal. Apa tidaknya, kalau sebelum sampainya bantuan dari JKM, mangsa banjir tersebut hanya bergantung kepada sumbangan dari Unit Amal, namun bila tibanya sumbangan dari JKM mereka langsung tidak pandang lagi kepada Unit Amal. Jangankan hendak mengucap terima kasih, malah para pimpinan masyarakat di pusat pemindahan tersebut dengan angguhnya meminta pihak Unit Amal membawa balik sahaja saki baki bekalan makanan yang di bawa oleh Unit Amal. Walhal selama ini, sebelum datangnya bantuan dari JKM, makanan itulah yang mengisi perut semua mangsa banjir yang ada di situ.
Saya cuma mampu mengeleng kepala mendengar cerita Sdr Hamid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam, Alhamdulillah ayahanda. Mantop blog dgn juadah ilmu yang boleh memberi manfaat yang banyak pada sahabat2. Ramai tak tahu lagi ni. Boleh sebar - sebar ke.
Post a Comment